☺ harap ini berlaku lagi :)
Saturday, 29 June 2013 | 11:09 | 0 love drops



Duduk berdepankan lappy yang canggih dimata.Bantal 'wangi' setia di riba.Sengeh seorang merenung nasib esok.Asrama serikandi memanggil dah.Leka.Malas.Ye malas nak berdepan dengan Assignment.Kompetensi yang belum apa pun lagi siap.Pirahhhhhh Pe'ah bermonolog bhai.Okay meyh sini aku nak habak mai kat hampa semua deyh.

Awat la ni,tak dak sapa yang nak paham aku.Sikit pun jadi lah. 2 Minggu lepas.YES!berkurun sebenarnye cerita ni.Hari rabu.

Nad"minggu ni kalau balik aku nak buat kerja kat PN.nak ikut sama tak?boleh ajak nazhan ngan Acab"
Aku"hummmmm"

Aku pun pikir dulu.Kang cakap balik bagi harapan pulak kat minah sorang ni.Wat lek je macam orang pekak lagi bahalol.Lagi satu aku tak suka Acab dengan Naz ada.Aku pun buat kerja aku yang kononya sebok kira-kira pasal pola.Bajet nak siap cepat.padahal menganjing je.Fikirkan masa depan aku yang kononnya nak jadi Fashion Designer ni.Bajet-bajet buat kerja.Aku tanak lah Nad tertunggu-tunggu bagai.Padahal meja sebelah-sebelah ja.Sat gi dia hempuk aku mampuih aku tak bernafas.Lama-lama tu baru aku citak kat Nad,

"aku tak tau doe balik ke tak minggu ni.kang cakap jadi balik ada kelas loh pulak.kang frust menonggeng hang sat lagi tau dah.Tanak aku bagi harapan palsu kat hang".

Nad"awat lah lagu ni"*mengeluh*

Then,aku pun diam.Then dia sambung balik.

Nad"Sampai bila pengarah,warden,cikgu nak letak kita kat sini lelama.mahu kita mati kering kaa?"

Apa lagi.Aku diam jaa,padahal tahan gelak.Kesian kat dia apatah lagi.Mati kutu aku kat situ.Lepas habis kelas tu Nad langsung tanak habak apa-apa kat aku.Aku pahe deyh.Sapa yang tanak balik.Lagi-lagi course aku yang paling buzy kononya.Tapi,memang betul lah.Ada weekend boleh balik.Tapi tak lama.Ada weekend yang ada kelas macam biasa.Tido tak tentu.Kerja kena sharp.Tapi tak pe.Masa depan kan?InsyAllah.Aku nak tegur Nad,tapi berat sangat.Aku biarkan dia.Mungkin itu lebih baik.Malam tu datang dorm dia.Mata dah merah bagai.Aku tahu.Baru lepas nangis.Masa dia tengah OTP just bagi isyarat tanya siapa.Dia kata Nazhan.Aku diam.Kesian Depa.Aku mintak minggu tu boleh balik.At least,satu hari pun jadilah.

Esoknya,dapat tahu boleh balik,Alhamdulillah hu ya rabbi.Terima kasih Ya Tuhan.Kebetulan Aidil yang sentiasa ada dalam hati ni,baru tamat PLKN.Tarikh yang sama,dia kata nak jemput aku.Aku tanya dia,tak letih ka?Dia kata takpe.Dekat je pun.Aku kata,kalau tak larat bie tapayah amik.Biar i balik sendiri.Dia nak jugak amik.Konon gagah.Ye lah nak jadi Hero dalam cerita ni kan?opss.Aku ni jenis manusia yang tak suka balik rumah cecepat.Orang lain dah angkut barang sepuluh beg.Aku wat lek kat court.Senyum.Sambil tangan pantas menekan punat telefon bimbit kesayangan.Pukul 7.00 P.M.Resah bila Aidil cakap dia tak boleh ambik.Tape.Aku segera keluarkan kad hijau sambil sandang beg laptop dan beg sekolah.Cukup.Untuk 2 malam dirumah.

Aidil'Sorry,i tak dapat jemput'
Aku'Tape,i ada dekat tren ni'
Aidil'Sorry sangat-sangat tau sayang'
Aku'Tape jangan risau'
Aidil'Take care,I love you sayang'
Aku'Hummm :)'

Rasa macam nak nangis bila semua budak KVSKL usha.Tape Pe'ah hang kuat.Sabaq sikit naa.Lalu pulak depan kuil.Dalam hati'Awat wangi sangat'.Jalan punya jalan.Aku rasa aku dah jauh tinggalkan kuil.Sampai dekat setiawangsa.Usha kiri kanan.Harap aku jumpa Aye.Bodoh!Sumpah masa tu aku harap Aye yang datang amik aku.Okay.Dia cuma kawan.Lepak alimaju hilangkan dahaga,then,nak dekat pukul lapan tu.Aidil ajak meet.Padahal baru habis makan.

Aku'i baru habis makan'
Aidil'Alah,pleaseeeeee'
Aku'besok je lah jumpa kay?i baru sampai rumah.'
Aidil'yelah.'

Aku gagahkan jugak pergi PN.Dalam hati.Penat bagai.Nasib tak puasa :) bajet bagus.Tade,sapa nak hantar.Aidil pulak tak bebangun.Benci ah dia kalau tido.AH!lantak.Aku nak pi jugak.Gunalah tenaga ada.Dari Damai jejak ke depan Felda lalu depan celcom then terus ke PN.Lantak ah orang nak cakap aku gila ke hapa.Dah lah papan skate ada.Tak ke orang cakap aku ni sakai.Tak salah kan perempuan bertudung main skate.Lagipun aku dah janji ngan Adi dah pepagi tu :P LOL.Aidil tahu aku keluar ngan lelaki mati aku.Tunggu punya tunggu.Tengah hari Aidil kata nak datang.Tunggu lah kejap.Okay,bukan kejap lama juga.Ni yang malas nak ajak dia keuar ke hapa.Mengalahkan aku mandi je dia ni.Dia whatsapp aku

Aidil'Yang,sorry i ada dekat k4 teman ibu beli barang,sat gi i sampai kay?'
Aku'Baik boss,lama pun takpe.Nanti i balik naik Tren je.'
Aidil'Tapayah mengadalah.Biar i amik u.Jangan menggedik nak balik dulu!'
Aku'yelah'

Aku pun tengok jelah Nad dengan Nazhan datin.Nazhan pun bangang ada pulak dia angkut kawan dia datang sekali.Macam apa je :3 Tak senang nak siapkan assignment.Syafiq lah yang aku tahu nama dia.tu je.
Aku buat je lah selagi yang mampu.Then,dah nak dekat petang tu,Syafiq tegur dia kata handphone aku viberate,aku pun tengok lah.Whatsapp dari Aidil.

Aidil'Turun sekarang i kat luar!'
Aku'OKAY'

Aku cakap dengan Nad,aku kena gerak.Nad cakap 'lekluuuuu'.Puihhhh.Aidil dah mengamuk weyh.Nad kata nak tengok muka Handsome Aidil.Bangga jap.Then,aku ajak lah dia turun bawah.Aidil buat isyarat 'naik motor sekarang!'Aku cakap ngan Nad,Aidil mengamuk dah tu.Tak tahu apa angin dia petang tu.Maybe,Penat.Aku pun nak taknak terpaksa naik motor kesayangan dia tu.Beborak dengan dia kat atas motor.Dia kata sorry,i nak cepat,nak balik Kelantan.Aku pun diam.Dalam hati'ouhh'Dia pun macam okay je lepas tu.Layan dia beborak semua.Release kan rindu konon.Ada ke dia suruh aku peluk dia masa dia bawak motor laju.SAH!Gila betul.Aku pegang t-shirt dia je.Lama-lama tu,aku diam.Then,dah nak dekat sampai rumah.

Aidil'Yang minggu depan kita keluar kay?'
Aku'Tengok lah kalau i balik.'
Aidil'Alah pleaseeeeeeee'
Aku'I Tak tahu boleh balik ke tak'
Aidil'Mintak-mintaklah dia boleh balik kan?'
Aku'InsyaAllah'

Balik rumah.Mandi semua.Whatsapp dia

Aku'Terima kasih untuk hari ini bie'
Aidil'sorry,tak dapat nak jumpa lelama'
Aku'Tape,next time ada lagi'

Esok pagi,bangun lah pepagi.Maybe dah cukup tido en.Bangun awal sebab malam dah tido awal en?Carik enphone dia whatsapp'Sayang,i dah sampai Kelantan,kejap lagi dekat hostel jangan nak menggatal pulak,i dekat sini sampai hari rabu.Ingat,u milik i kay?I LOVE YOU,SAYANG :*'Bahagia hati aku.Tak lah keberatan sangat bila balik hostel.Yang penting dia dah buat apa yang patut dia buat.Tahniah Aidil.I love you to :*

sincely,
sofiahanz







♥ Past / Future ♥