☺ Ini yang sebenar
Tuesday, 26 February 2013 | 07:46 | 0 love drops
Dah lama aku perhatikan kau.Dari mula-mula aku tegur
kau.Dari cara kau layan aku.Pertikaikan semua kebolehan aku.seumpama aku tiada
perasaan.seolah-olah tak pernah wujud.Sungguh itu yang aku rasakan.Bukan
simpati yang aku pinta.Engkau juga tahu.Itu dulu.
22/1/2013.Seawal enam pagi,jantung aku masih berdegup
kencang.Menanti keputusan “BERJAYA” atau “GAGAL!”Padahal belum lagi sampai ke
tempat itu.Bungkam dengan pelbagai persoalan.Mati tercekik tulang sardin hidup
balik pun entah jantung ini berdegup pantas sebegini atau
tidak.Bingung.Kejap-kejap dahi berkerut.Rasa sesuatu yang kurang
enak.Tapi,entahlah.Hendak dilayan tidak mampu.Apakan daya.9.00 pagi aku terus
ke situ.Dengan debaran yang masih bersisa.Ya Allah.Kuatkanlah iman hambaMu
ini.Serta merta I/C tertinggal dengan tidak sengaja.Dugaan apakah Ya Allah?Di
saat yang merumintkan Engkau menguji
aku.Redha.Sanggup berkejar-kejaran dengan masa.Hanya kerana itu.Malas
mahu mengarut lebih-lebih.Dipendekkan cerita.Segera ke tempat pendaftaran.No
angka giliran 76.Lambat juga aku ni.Tunggu punyalah tunggu.Pensyarah
mengarahkan kami-kami berehat,memandangkan tepat pukul 1.00.Segera aku ke
masjid dengan niat hendak bertemu dengan Allah.Waspada.Ragu-ragu.Mahu makan
atau tidak?Terus menuju ke masjid.2.00 petang aku menunggu diluar bilik
meyuarat.Dengan harapan yang tinggi nilainya.Ngantuk bak datang.Perkara yang
aku meluat sekali.Padahal hobi kaki tidur.Tidak dinafikan lagi.3.15
petang,keluar bilik mesyuarat dengan perasaan yang bercampur –aduk.Helah apa
lagi?Ya Allah kuatkan lah kesabaran hambamu ini.Semoga diberi peluang.Pukul
6.00 petang.Sampai rumah.Tak pernah jantung ni berhenti berdegup
kencang.Bertambah serius lagaknya.Akhirnya aku “BERJAYA”.ALHAMDULILLAH.
23/1/2013.Aku sah bergelar KVERTS STUDENTS.Tak sangka sekelip
mata aku berpindah sekolah.Antara 800 lebih yang mohon.Aku antara 74 calon yang
terpilih.Ternyata rezeki berpihak pada aku.Syukur.Bermula itu aku tinggal
diasrama.Perit.Ternyata benar.Asrama memang mencabar.Mungkin aku pernah
lalui.Tak semua pelajar seperti aku.Aku dikira untung.
24/1/2013.Salam Maulidur Rasul semua.Tiada kelas.Banyak
aktiviti di asrama.Memasuki pertandingan Tilawah Al-Quran aku calonnya.Entah
kenapa aku terus aktif walaupun bukan dengan hoki.Alhamdulillah tempat Ke-3.Aku
tahu Kak Nisak dan aku telah digelarkan Kembar secara tidak rasmi.Hampir semua
berkata begitu.Hanya mampu senyum.Sir King juga begitu.
25/1/2013.Semua penghuni asrama tidak sabar hendak
pulang.Apatah lagi aku yang baru berapa hari tinggal di asrama.Letih yang amat
sangat.Mengantuk tidak pernah terkecuali.Tepat pukul 2.00 petang seorang demi
seorang pelajar meninggalkan bangunan asrama yang begitu INDAH untuk serikandi
seperti kami-kami.
28/1/2013.Tepat pukul 5.25 petang aku selamat sampai di
asrama.Terus ke asrama serikandi.Biarpun cuti 3 hari kali ini hanya
permulaan.Perlu tempuh.Malam itu seperti biasa.Kehidupan asrama lebih mencabar
kemampuan sendiri.
29/1/2013.Tak sangka begitu penat.Pelajaran kami yang dikira
setengah hari sangat memenatkan.Riadah yang sangat seronok petang itu tidak
pada aku.Mood aku terus hilang.Tiba-tiba ada mutiara jatuh ke pipi.Benar-benar
dugaan.Kuatkanlah kesabaranku Ya Tuhan.
30/1/2013.Jadual hari ini tidak begitu padat.Apatah lagi
dengan diberi 3 jam waktu rehat.Itu pun selang-seli.Penat.Aku gunakan masa yang
sedikit terluang ini aku menulis dengan sedikit
tenaga yang masih bersisa.