☺ Persahabatan aku tercalar.Maruah aku hilang.
Sunday, 2 December 2012 | 07:37 | 0 love drops
seperti tajuk diatas.Aku malas lagi nak buat orang rapat dengan aku.Ternyata ramai yang benci aku.Go ahead.Benci lah aku.Aku tak kisah.Apa yang aku buat ternyata salah dimata mereka semua.Aku ini jahatkah?Usaha aku sebelum ni sia-sia.Aku tahu aku tak perlu putus asa.Tapi telinga aku menanah nak dengar cemuhan semua orang.Aku tak penting bagi mereka.Aku tahu itu.Biarpun mereka langsung tak pernah ucapkan.Aku tahu.Getar perasaan mereka mengatakan mereka benci melihat aku.Kata mereka aku perasan hebat.Bila masa?Aku tak pernah menunjuk-nunjuk.Apa masalah mereka?Macam biasa.Aku patut diam.Mungkin salah aku juga.Jumpa mereka diluar,tak pernah bertegur.Tak perasan mungkin.Aku kan rabun.Penglihatan aku makin teruk.Aku dah penat nak menegur.Cara aku tak pernah kena dimata mereka walau sikit pun.

Kata dia.Aku malas nak cari pasal dengan dia.Maaf,aku terpaksa lakukan ini.Maruah kau tercalar mungkin.Tapi,sayang kau punya identiti hanya menggunakan anonymously.Bahasa hilang habis.Melayukah?Bahasa jiwa bangsa awak.Aku sebenarnya tahu siapa dia.Mengaibkan pulak nanti.Better,biarkan.Aku tahu akan ada pembalasan buat empunya badan.Aku cukup faham dengan apa yang tertulis di kitab mahfuz.Qada' dan Qadar.Diam dan bersabar.Senyum yang aku sedekahkan terlampau ikhlas.Jangan engkau ungkit sedikit pun.Hati dan minda diam tanpa irama-irama yang indah.


Ramai yang tertanya-tanya.Kenapa ramai yang berdendam dengan aku.Jawapan nya senang je.Mulut manusia lebih tajam dari mata pedang.Easy right?Terpulang pada mereka yang anggap aku ni teruk.Manusia memang mudah lupa.Mungkin aku rasa mereka-mereka fikir aku tak perlu ada perasaan.Sedangkan orang kurang upaya minta dibelas.Apatah lagi aku yang cuma rabun sahaja.Salahkah?I hate everything.Too much right?dah kalau semua benci?macam mana nak hidup?bukankah hidup satu nikmat yang sementara?Aku dah bersabar lama dah.Ini yang aku dapat?Aku langsung tak dihargai sebagai kawan.Semua nak cela aku itu dan ini.Memang aku dah buat.Kalau jumpa gambar aku di FB itu bukan aku.Bukan semua kenal aku.Mereka tak kenal pun siapa aku."Ambillah kebaikan dari orang yang mempunyai kebaikan dan tinggalkanlah keburukan yang ada pada orang yang mempunyai keburukan." 


Ini yang aku dapat?Nampak tak aku memang tak dihargai?Ask.fm.soalan-soalan memang boleh buat sendiri.Tapi,takkan aku sengaja nak menjatuhkan maruah aku sendiri?Orang lain boleh baca.Apa salah aku?Penat nak melayan umpatan orang sana sini.Penat kay penat!Selalu aku yang dipersalahkan.Langsung tade kesempatan untuk aku.Peluang aku langsung tade.'Latihlah diri kita untuk membalas dengan kebaikan kepada orang-orang yang telah berbuat keburukan kepada kita.'


Pakcik Google tak pernah beri kerjasama.Sakit mata aku lihat gambar-gambar aku ditayangkan.Sakit hati aku gambar kenangan aku dicuri.Mudah betul kerja pakcik google.Hanya upload gambar-gambar aku.Senang pakcik google buat orang benci aku.Tak sangka begini jadinya.Terpaksa mengalah.Aku dah cuba.Buat yang terbaik.Ini juga balasannya.Alam maya tak kan pernah sama dengan alam nyata.Apa yang aku tulis dari hati.Kadang-kadang aku tipu perkara-perkara yang kecil.Aku tahu aku salah.Tapi.Itu semua berkenaan dengan maruah aku.'Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.
Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka.Bersahabat dengan seorang yang jujur        akan membuat seseorang itu senantiasa terpelihara kejujurannya.'






♥ Past / Future ♥