☺ Selamat tinggal :)
Monday, 24 September 2012 | 05:26 | 0 love drops
Assalamualaikum pembuka cerita.Harap teman-teman sekalian sihat :)
DUP DAP DUP DAP Jantung aku.kencang yang teramat.Mungkin kali ini agak mengejut sebab sedikit masa kali ni aku mencatat sesuatu yang boleh kalian baca di blog.Alhamdulillah aku sudah pandai membahagikan masa samada belajar,melayari Internet serta bergambar dan sebagainya.PMR kali ini susah bagi aku.YA.pada semua mungkin.PMR untuk aku adalah peperiksaan yang terbesar selepas UPSR.PMR,aku rasa susah untuk aku kawal diri gementar terasa menusuk dalam jiwa.PMR adalah akhir bagi aku sebab lepas ni aku Takkan pernah tahu apa itu SPM.Institut Vokasional setapak aku tahu tak Jauh.Tapi,itu kehendak aku.Bukan niat aku masuk ke dalam institut dengan paksaan.Bukan juga keputusan aku yang sangat teruk.Apa sangatlah nak dibangga-banggakan dengan keputusan aku itu.Biasa-biasa sahaja.Itu hala tuju aku mungkin.InsyaAllah :) Mana tahu mungkin rezeki berpijak pada aku :)
Kali ini aku takkan pernah lupa orang yang aku pernah sayang.Pernah kawan.Pernah kenal mungkin.Mungkin juga kawan-kawan yang Jauh Dimana Namun dekat dihati.Kuucapkan Salam perkenalan buat teman-teman yang ingin mengenali ku.Alhamdulillah aku diberi rezeki yang hanya sebentar cuma.Teman jika hati ini Lara,Kau bangkitkan dengan jenaka-jenaka yang kadang-kadang sudah terbiasa aku dengar.Hanya senyum.Post kali ini bukan kepada Boyfriend.BOYFRIEND? Maaf aku tidak berniat untuk memikirkannya pada waktu yang sengit.Fikiran aku sempit untuk hitung hari-hari yang bakal aku tempuhi.PEMINAT? Mungkin Ada,Namur biarlah rahsia.Hanya dia,yang tahu.Biarlah sesiapa pun lelaki yang aku cerita ini menjadi buah mulut kawan-kawan.Tapi,biar aku seorang yang tahu.AYE,kadang-kadang aku rindu dengan SMS,CHATTING,CALLING,makan Sama-Sama seperti dulu.Maaf,sekarang kita jarang berhubung.Aku tahu,Kau mesti syak something.Aku belum bersedia nak bagi tahu.Maafkan aku.Aku tak sampai hati nak kasi tahu.Belum tiba masanya lagi.
Selamat tinggal dunia kanak-kanak.Selamat tinggal dunia khayalan.Melangkaui dunia remaja banyak cabaran yang perlu aku tempuhi.Biarlah aku seorang yang hadapi dan tempuhi.Tidak perlu aku cerita dimana Awal Dan pengakhiran.Biar aku seorang yang rasa lelah.Mungkin lain masa aku tidak punya kelapangan untuk menjenguk blog yang sudah menjadi sarang tebuan.Namun jarang sekali,mencatat sesuatu yang baru.Maafkan aku wahai pembaca setia.Kali ini aku benar-benar bersalah.Aku juga tahu kekurangan Dan kelemahan aku.Orang yang rapat dengan aku mungkin tahu perangai aku bagaimana.Maaf aku pinta walaupun bukan Aidilfitri.Maaf juga aku lalai menanyakan perkhabaran anda.Maaf juga kerana tiada post untuk Aidilfitri.Maaf kepada teman-teman yang mengenali.Mungkin aku bersalah-sangka pada teman-teman.Kusisipkan doa semoga teman-teman panjang umur,murah rezeki,Dan sihat walafiat selalu.Maaf atas segalanya teman :)