☺ aku terlampau gedik -.-
Monday, 30 July 2012 | 12:44 | 0 love drops
Kepada pembaca yang budiman,maafkan aku kerana aku jarang menulis kisah hati yang terlalu berat untuk aku pikul.Hampir kebelakangan ni,aku merasakan teman akrab aku tiada disisi.Meninggalkan aku seorang diri tanpa kawalan yang tegas seperti hari-hari sebelum ni.Aku hilang kawalan dalam memikirkan onak duri yang patut aku tempuh.Menyesali hari-hari yang sudah.Tidak bererti apa-apa bagi aku.Penyesalan itu berlalu tanpa mengucapkan salam dan isyarat.Sungguh aku rindu saat ketika makan bersama dia di Binjai.Saling Kongsi Cerita itu itu,ini ini.Bergelak ketawa.Hampir tiap-tiap hari bertanya khabar.Berkongsi masalah.Sama-sama merajuk dengan perangai masing-masing.Beri dorongan antara aku dan dia.Penunggu setia aku.Terima kasih Azreenshah.
Sesuatu yang patut aku ingat,dia sahabat aku.walaupun tua setahun dari aku.Rasa hormat pada dia tak pernah hilang.Backup aku dari belakang.AZREENSHAH.Hati yang sering disakiti kini ada pengawal setia.AYE,jika aku hilang diri pada saat ketika nanti.Ku mohon maaf dari hujung rambut sampai kaki.Maaf sekali lagi.Aku tahu aku banyak terhutang budi pada kau.Aku taknak kau bersedih jika aku tiada.Aku sering mendoakan kebahagiaan kau diatas sana nanti.Terima kasih kerana sering mengatakan ILOVEYOU pada aku.Kau buat aku menangis!Terima kasih kerana sering mengucapkan SOFIA SAYANG terasa aku bagai bebudak yang inginkan gula-gula lolipop warna-warni.Walaupun aku dan kau hanya sahabat.Ada sekeliling kita yang mengatakan AYE,AYE dan SOFIA,SOFIA.Ops! lupa.Mulut manusia.
Pada satu ketika,dua hari kau dengan aku tak boleh sembang.Rasa macam aku tiada kau disisi.Menunggu setiap saat yang berdetik.AYE.Aku rindu saat aku belikan kau MAGNUM,rindukan saat aku menyuapkan ayam dalam mulut kau.Diri kau seperti budak-budak.Senyum melihat telatah manja kau.Jika masa itu diputarkan kembali.Maaf,aku biarkan kau di Binjai lama-lama.Lapar juga kau.Saja aku perhatikan kau yang asyik-asyik menyedut rokok.Diam.Takut untuk menegur perbuatan kau.Susah untuk aku mengalas tangunggjawab aku untuk mengawal kesihatan kau.Tatkala aku diserang demam kau turut bersusah hati,kemudian kau pula demam dan selsema teruk.Masa.Untuk pengetahuan kau,aku terlalu sayang dengan persahabatan kita.AYE,terima kasih jalan sama-sama dengan aku.Hantar aku sampai lorong rumah aku.Maaf.Masa dalam perjalanan kau balik,hujan renyai-renyai.maafkan aku AYE.
Terima kasih atas pengorbanan kau yang tak terhingga.Aku berhutang banyak pada kau.McD, MAGNUM,TOPUP.jika aku sebut satu persatu,mungkin ada yang tertinggal.Tapi,biarlah tiga ini saja yang aku tulis.AYE,kau pernah bercerita pada aku,kau nak pindah Perak.Aku pun nak pindah.Tapi pindah sekolah.Lepastu,diam.Aku tak sanggup berpisah dengan kau.Walaupun aku tiada hak menghalang,Aku sayang persahabatan kita.Kadang-kadang aku gelar kau dengan pelbagai gelaran.MANJA,GEDIK,ADEK,BUNCIT,GILA,KENTUT,NGOI,NGEK.macam-macam!Suatu kenyataan yang tak pasti aku ungkapkan,kita tak boleh berpisah.Antara kau dan aku,kita dah serasi.kau kenal aku,family aku terutamanya.Terima kasih kerana mengetahui itu.Maaf,pelbagai jenaka aku buat saat aku dengan kau.Jenaka itu mungkin akan jadi kenangan abadi.Aku mungkin tak berharap pada mana-mana lelaki,Tapi aku perlukan kau.Jenaka aku mungkin berakhir setelah aku tamat tingkatan tiga.
Bukan kehendak aku untuk memutuskan persahabatan kita.Mungkin panjang umur kita ketemu lagi.Aku tak nak kita loss contact.Rumah kita sama-sama dekat.Jika aku berpeluang aku akan ziarah kau.Jangan bimbang jika kau tiada disisi aku,aku pasti itu cuma sementara.Aku perlukan kau.Terima Kasih kerana sudi menerima account FB aku.Jika terjadi apa-apa pada aku,tolonglah,aku minta sesangat.tolong delete gambar aku dalam FB.simpanlah untuk kau sedikit.Biar jadi memori keindahan kehidupan.Aku tahu salah kata aku banyak aku lakukan.Rasanya tak terkira.Terima kasih kerana beri aku peluang untuk curi gambar kau,Dan simpan didalam memori handphone aku.Terima kasih jugak atas kerjasama kau untuk upload gambar aku dalam handphone kau.KITA KAWAN.Terima kasih atas HACKS=Hanya Aku Cinta Kau Sofia :).Tidak mudah untuk aku lupakan <3 AZREENSHAH<3