☺ AKU PERLU TABAH
Monday, 16 July 2012 | 09:47 | 0 love drops




Sakit!Sakit hati yang mencengkam pada jantung melarat pula pada hati.Seperti kata aku yang lepas,aku jarang makan ubat tahan sakit.Ya!aku tahu itu bahaya.Tapi tolong jangan minta aku untuk telan lagi ubat sebesar ibu jari kaki aku.Kali ini aku perlu berterus terang pada hati yang mungkin aku SENTAP buat seketika.Dalam kekangan aku mengejar ilmu untuk masa depan aku.Aku terleka.Sungguh.Begitu terleka.Aku terleka bahawa sekeliling aku sering membuat umpatan yang mengarut.Semestinya berkait aku.Bukan aku begitu terasa.Apa perasaan kau bila dijeling-jeling hingga engkau dimalukan dikhalayak ramai?Kuat kah engkau?Aku malu dengan diri sendiri.Diam seribu bahasa tatkala diserang lagi.Sungguh aku rindu kehidupan dahulu.Miski itu hanya sementara aku yakin masih ada lagi cerita yang berliku perlu aku tempuhi.Mungkin aku terlalu bermonolog didalam hati,sehingga aku rasa aku disisih sebegitu teruk.Maafkan aku jika aku tidak peka dengan sekeliling.Aku cuba bangkit bak kata najwa,aku tak sakit!

Hari demi hari,diam aku semakin membuat kan orang lain bertambah meluat pada aku.Aku mengerti.Disetiap senyuman yang engkau beri,ada sindiran tersembunyi.Senyuman itu senyuman sinis.Perlukah engkau tahu aku meluat dengan lakonan tanpa bergaji kau?Mahu disembur ja mulut kau dengan cili tenggiling mak aku.Jika engkau benci aku berlipat ganda lagi benci aku.Namun,aku diam dalam pendendaman yang takkan berakhir.Hati aku sering bersabar.Aku diam walaupun hati sarat dengan tangisan.Aku mengerti.Kita berkawan sementara.Tapi kau tinggal kan aku dalam keadaan aku hilang kewarasan mengenali arus dunia.Mungkin sebab itu aku senang diperlekehkan oleh orang macam kau.Jauh hati.Sindiran-sindiran yang sering membuatkan aku sakit hati,tidak tenang dengan jelingan kau.Aku tahu,aku terlebih berharapkan orang macam kau.Hilang kepecayaan dalam sekelip mata.Mengenali kau tidak pernah cukup dengan angka 24 jam.

Aku tahu mungkin susah nak terima aku lagi,sebab aku bukan jenis yang senang dikawal.Aku takkan hilang hormat aku pada orang yang hormat aku.Bukan pada kau yang senang-senang amik maruah aku,lepas tu kau biar aku dekat tepi longkang.Pandang aku apatah lagi.Maafkan aku.Aku tidak bisa jadi yang terbaik.Kadang-kadang aku rasa ramai yang memperlekehkan bakat yang aku ada.Benci dengan cara aku.Bila kau benci aku.Aku boleh bersabar.Tapi jangan kau pandang rendah pada maruah hidup aku.Sampai masanya,kau akan kenal aku lebih dari apa yang kau lihat.Bukan sekadar untuk aku menunjuk-nunjuk.Tapi dengan cara tu mungkin aku rasa lebih yakin.Kenangan-kenangan yang lepas takkan aku main semula dalam fikiran,biar ia berkubur sendiri.Kenangan itu tidak akan pernah aku harap lagi.Biar kenangan itu mati katak begitu.Aku tidak mahu berharap apa-apa lagi dari kau.Moga kau mengerti.Mohon maaf.

P/s:maaf jika posting ini terlalu banyak bende mengarut...saya tidak boleh menanggung seorang diri lagi. 

♥ Past / Future ♥