☺ Senyum lah wahai hati yang Bersedih :')
Tuesday, 1 May 2012 | 04:12 | 0 love drops
Saat aku menempuhi onak duri lautan dunia,derita sekali-sekala mencuit hati.
Hati aku remuk setiap kali menangis memikirkan apa salah aku?
kesedihan terus menerus bersemadi di dalam dasar hati.
ketika itu sabar tidak dikenali lagi.
Dalam terharu,Air mata tertumpah juga.
wahai hamba ilahi,begitulah kehidupan di dunia.
Aku tidak dapat menjangka apa kesudahan cerita dongeng aku.
Adakalanya aku tersangat gembira.
Adakalanya aku tersangat kecewa.
Namun,jangan risau manusia.
Allah itu tuhan kita.Tuhan yang maha luas KASIH SAYANG-Nya.
Percayalah.Allah tidak akan menduga hambanya,Kecuali untuk melihat hambanya,
Tersenyum disana.
Tertawa disana.
Berbahagia disana.
InsyaAllah di syurga.
Jangan bersedih,kerana aku telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi
sebarang manfaat pun pada hari-hari esok.
Kesedihan demi kesedihan.
Bakal membuat aku semakin terperuk dalam keputusan dan dunia yang luas dirasakan sempit,
dan tidak lagi berguna.
Gara-gara kesedihan,
air yang manis akan terasa pahit,
makanan yang lazat terasa hambar.