☺ Hari ini.
Monday, 14 May 2012 | 05:50 | 0 love drops
Pagi tadi,cerah bersahaja.Bergerak pantas ke sekolah kerana hari ni aku bangun agak lembap dengan mata yang memerah.
Aku teliti satu persatu keindahan alam,burung turut berkicau.
Alhamdulillah.
Aku diberi pinjaman umur sekali lagi.
Moga aku menggunakan dengan bermanfaat :)
Sampai sahaja aku di sekolah,terdetik perkataan MID-YEAR EXAM! InsyaAllah aku lakukan yang terbaik untuk parents aku and for my future.
Syukur hati ni kertas sejarah dan b.melayu.
Mudah bagi aku.
Sejarah!itu yang aku minat.
B.melayu!Bahasa pertuturan dan ibunda.
Susah untuk aku lupakan.
Moga aku cemerlang!
Kali ini aku mudah terasa dengan kata-kata manusia sekeliling.
Buat itu salah.
Buat ini salah.
Apa yang aku buat tak salah pun aku tak tahu.
Hati orang mana nak sama.
Kalau aku diberi kuasa,aku nak hati aku jadi tuli.telinga aku jadi pekak.
so,tak perlu dengan tohmahan yang menyakitkan otak.
Kusut!
Semekin aku dewasa,semakin aku kuat memberontak.makin aku ego.makin aku keras kepala.
Biasalah remaja!
YA!tahun ini tahun pertarungan!mimpi ngeri ini akan jadi kenyataan.
Semakin hampir dan semakin dekat.
Berdebar rasanya.
Padahal tiada satu pun persiapan aku untuk ulangkaji subjek yang lepas.
Hanya kerana niat aku tiada sokongan orang sekeliling.
Aku perlukan ketenangan!Aku yakin ibu aku akan bawa aku pergi ke sekolah yang lebih dasyat dari ini.
Aku bukan lagi SMART STUDENT!
Kenangan itu indah tapi menyiksakan!
Padahal ada kenangan yang manis.Orang tua kata zaman remaja paling mengasyikkan!
Semoga aku dapat rasakan saat paling manis dalam putaran hidupan remaja.
Aku juga suka memberontak bila disuruh buat itu,itu.Dan ini,ini.
aku bukan mudah untuk ikut telunjuk orang.
Itu bukan cara aku.
Tenang dan berserahlah wahai hati.
Moga aku terus dengan kehidupan yang banyak dugaan dan cabaran.
*tuhan menguji saya.
*tuhan sayang saya
*tuhan beri dugaan sebab saya kuat daripada ini semua :)
*tuhan!pasti ada kebahagiaan di samping saya nanti. InsyaAllah :)