☺ Awak Dan Ego Saya ....
Friday 17 February 2012 | 08:00 | 0 love drops
AWAK,
hari ini awak senyum dekat saya,
tapi saya buat-buat tak nampak,
padahal nak elak dari pengsan.


AWAK,
hari ini awak datang kelas saya,
tapi saya buat bodoh jea,
padahal bumi ni rasa macam tak cukup graviti je.


AWAK,
hari ini saya senyum kat awak,
tapi awak jalan depan saya,
jadi senyum pun tak guna.


AWAK,
hari ni awak tegur saya,
tapi saya buat-buat pekak,
padahal saya nak elak daripada tak boleh berhenti berborak.


AWAK,
hari ni saya tegur awak,
tapi saya tegurawak dalam hati saya,
jadi awak tak boleh dengar,
All the good lucks and always take care.


AWAK,
hari ni kita duduk semeja,
tapi rasa macam dah jauh gila,
padahal tak sampai sedepa,
kerana ada orang ketiga.


AWAK,
hari ni awak beratur belakang saya,
tapi saya tak tahu nak cakap apa,
jadi saya blah macam tu aja.


AWAK,
hari ni berubah situasi,
tapi saya masih kat sini,
padahal dah kosong tak berisi.


AWAK,
hari ni sata nampak awak kat starbuck 
tapi awak tak macam dulu lagi,
dah berteman!
Jadi sata terdiam sendiri.


AWAK,
hari ni saya dah habis skolah,
tapi tak tahu kenapa rasa macam baru je melangkah kaki ke sekolah,
baru je saya berjalan dengan awak,pertama kali melangkah kaki ke sekolah dengan awak.


AWAK,
hari ni saya menyesal ada ego yg tinggi,
tapi saya dah tiada harapan kat sini,
jadi nak tak nak,terpaksa bersendirian.


AWAK,
hari ni hari terakhir saya nampak awak,
tapi awak tak toleh pun kat sini,
sebab awak khusyuk belajar kat makmal.


AWAK,
hari ni saya tengok gambar awak,
senyum sorang-sorang,
tengah buad apalah awak sekarang?
tapi gambar sekadar gambar.


AWAK,
semoga suatu hari nanti,
saya menginsafi diri,
tak nak ada lagi ego yang tinggi,
buad sakit hati je.


AWAK,
sebelum pergi hari ni....
kat sini saya janji untuk awak,
sebab awak adalah,hadiah terindah,
yang pernah saya miliki...terima kasih awak...

♥ Past / Future ♥